Perkara 47.3 Perlembagaan Parti menyatakan “Selain jika diperuntukan oleh Perlembagaan ini, Pemilihan Parti hendaklah dipanggil oleh Majlis Pimpinan Pusat setiap tiga (3) tahun sekali. Majlis Pimpinan Pusat boleh mengawalkannya atau menangguhkannya bagi suatu tempoh tidak lebih dari enam (6) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan”
Oleh itu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan telah memutuskan untuk memanggil Pemilihan Keadilan mengikut tarikh yang telah ditetapkan
Muat turun Pekeliling di sini :
Pekeliling SUA Pemilihan Parti 2022
Pemilihan Parti Keadilan 2022 dibahagi kepada 2 Fasa. Fasa 1 pemilihan secara “Offline” pada 13-17 Mei 2022. Pemilihan secara online melalui aplikasi ADIL berlaku pada 18-20 Mei 2022. Kedua-dua ini serentak seluruh Malaysia.
Pemilihan secara OFFLINE akan berlaku di setiap Tempat Pengundian yang diwartakan JPP di Cabang-Cabang seluruh Malaysia dari 13-17 Mei 2022. Hubungi cabang anda atau pergi ke https://pemilihankeadilan2022.com/ untuk maklumat lanjut lokasi.
Untuk mengundi secara ONLINE bermula pada 18-20 Mei 2022, anda perlu memuat turun aplikasi ADIL di Google Playstore atau Apple store atau Huawei. Anda perlu mendaftar di dalam aplikasi ini dengan memuat turun gambar anda di bahagian profile. (lihat FAQ secara ONLINE di bawah)
Anda dikehendaki pergi ke lokasi Tempat Pengundian di Cabang anda didaftarkan dan anda akan memilih melalui TAB yang disediakan oleh pengawas ditempat tersebut. Lokasi akan dimaklumkan dalam laman web rasmi https://pemilihankeadilan2022.com/
PERTANDINGAN PERINGKAT CABANG
___
___
___
___
PERTANDINGAN PERINGKAT PUSAT
___
___
___
Semua anggota parti yang berdaftar sebelum atau pada 31 Januari 2022, seperti yang diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Februari 2022 layak mengundi dalam pemilihan kali ini. Ini bermakna mana-mana anggota parti yang menyertai (daftar masuk) parti selepas 31 Januari 2022 tidak layak untuk mengundi.
Keanggotaan boleh di semak di https://semakan.keadilanrakyat.org/
Permohonan keanggotaan sekarang ditutup sehingga satu Tarikh dimaklumkan kelak.
Tidak boleh. Anda hendaklah menunggu tempoh ONLINE bermula untuk mengundi
Bagi anggota yang berhasrat untuk bertanding dalam Pemilihan kali ini, yuran pertandingan adalah seperti berikut :
___
___
___
___
___
___
Pemilihan kali ini akan dijalankan secara hybrid iaitu secara Online dan Fizikal melalui Aplikasi Adil.
Pengundian Fizikal :
Pengundian Online :
Untuk Pemilihan Keadilan 2022, JPP telah membangunkan aplikasi Adil bagi membolehkan anggota parti mengundi secara atas talian atau disebut juga sebagai Pengundi Atas Talian (PAT)
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui pautan ini :
___
Android :
IOS :
___
JPP telah menetapkan 21 April 2022 sebagai tarikh akhir untuk semua anggota Parti mengemaskini aplikasi Adil masing-masing.
Melalui pengundian online, anggota parti boleh mengundi dari rumah tanpa perlu ke pusat pengundian
Anggota perlu mengundi mengikut hari dan tempoh masa yang ditetapkan bagi cabang masing-masing.
Pemilihan Keadilan kali ini akan terbahagi kepada 2 peringkat
___
Peringkat Pertama : Peringkat Cabang :
Pada peringkat Cabang, jawatan yang perlu dipilih ialah Jawatan Utama Pusat, Jawatankuasa Cabang, Jawatankuasa AMK Cabang, Jawatankuasa Wanita Cabang (62 jawatan). Semua jawatan ini perlu dipilih oleh anggota menggunakan Aplikasi Adil.
___
Peringkat Kedua : Peringkat Kongres Nasional
Pada peringkat Kongres, jawatan yang perlu dipilih adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita – 60 jawatan
___
Bagi Peringkat Pertama (Cabang), pengundian akan dijalankan secara 1 anggota 1 undi iaitu melalui pengundian Online atau Fizikal menggunakan Aplikasi Adil. Oleh itu setiap anggota parti akan mengundi untuk 62 jawatan mengikut proses ditetapkan oleh JPP.
___
Bagi Peringkat Kedua (Kongres), pengundian akan dibuat oleh para Perwakilan di Kongres Nasional Keadilan, Kongres Nasional AMK dan Kongres Nasional Wanita yang akan berlangsung pada 24-25 Jun 2022.
21 April 2022 jam 12 malam
Anda boleh mengundi dimana-mana sahaja melalui telefon bimbit atau komputer riba anda bermula dari 18 mei 2022 pukul 12:01malam sehingga 20 Mei 2022 pukul 11:59 malam.
Anda boleh emel perubahan no telefon dengan memberikan maklumat nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh ke keanggotaan@keadilanrakyat.org atau boleh terus menghubungi talian HOTLINE JPP di bahagian Hubungi Kami.
Klik Profil > Scroll sehingga anda Nampak bahagian memasukkan gambar KP, gambar diri dan gambar Bersama KP> Klik update/Kemaskini
Ini kerana kelulusan permohonan ini akan diverifikasi secara manual oleh kakitangan Ibu Pejabat. Sekiranya anda sudah update profile dan sudah klik UPDATE/KEMASKINI, maka permohonan anda sudah berjaya dihantar untuk verifikasi.
Bermula pada pukul 12:01 malam 18 mei 2022, senarai calon akan dipaparkan di dalam aplikasi adil.
LELAKI di atas 35 tahun
Lelaki 18 – 34 tahun
WANITA di atas 35 Tahun
WANITA 18 – 34 tahun
Jawatankuasa Pemilihan Parti. Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
/ pemilihankeadilan2022
copyrights 2022 | Parti Keadilan Rakyat | All Rights Reserved